The Sky

Home about Linkies Stuff
Tiada tajuk. Noktah.
Saturday, June 1, 2013 | 10:57 AM | 0 Bubles
"Jika dapat ku mengulangi perjalanan cintaku bersamamu lagi, akan ku jaga sebaik-baik cinta ini. Kini ku rasa kehilangan, ku sedar betapa pentingnya kau disisi yang selalu ada, yang selalu rindu terhadap diriku"
  
ABIY.
DULU dia ajarkan aku bahagia. Derita. Berdiri di atas kaki sendiri. Ajari aku untukmenjadi diri sendiri. Jangan percaya pada orang selain diri sendiri, ibu bapa. Dia ajar aku untuk setia. Menyayangi hanya satu orang dalam satu masa. Setia. Namun, aku curang. Aku kejam. Aku sial. Aku abaikan. Aku lupa. Aku khilaf. YA! Aku khilaf, sayang. Aku tersalah langkah. Aku mahu berpatah balik, namun aku sudah jauh sayang. Kau tinggalkan aku.

SEKARANG aku cuba ubah segalanya kembali. Aku cuba. Demi Adam. Demi Agil. Demi keluarga kita. Demi cinta kita. Kau ingat kita gaduh bawah kondo tu? Pertama kali kau mengamuk baling helmet? Aku peluk kau. Tenangkan kau. Kau tenang. Mungkin aku kena dekat dengan kau. Mungkin aku harus sentiasa disisi kau baru kau sedar kasih sayang aku. Aku angel kau kan? Aku cuba untuk berubah. Namun tak nampak. Mungkin perubahan aku itu halimunan?

"Saya Syibra Swedan bin Yahya ceraikan awak Nur Atikah binti Azizan"

Dia ceraikan aku dengan hanya sekali lafaz. Tanpa berfikir buruk baiknya. Tak ada sesiapa yang faham dia macam mana aku faham dia. Aku tak nak dia kecewa dengan perempuan lain. Biarlah dia sakit dengan aku. Biar dia kecewa dengan aku. Asal dia tak kecewa dengan perempuan lain yang tak tahu macam mana nak pujuk hati dia. Pelukan macam mana dia suka. Usapan macam mana dia suka. Tak tahu! Hanya aku, betina sialan ini. Hanya aku, perempuan ular yang dia panggil. Hanya aku, perempuan kejam yang dah kecewakan dia. Cinta ini selalu memafkan tapi dendam dia? Anak ni? Macam mana aku nak terangkan kat dia bila dia persoalkan baba dia nanti? 

"Takpe sayang, ummi kuat. Adam pun kena kuat. Baba akan datang balik, pujuk kita satu hari nanti. Mungkin bukan kat dunia tapi akhirat. Sabar ye sayang. Baba sayang Adam cuma dia merajuk sekejap sebab ummi tipu dia. Saja je main tipu-tipu. Hehe Adam jangan main tipu-tipu tau nanti orang akan merajuk dgn Adam mcm mana Baba merajuk"

ABIY, dia ajarkan aku panggil dia ABANG. Panggilan untuk seorang suami dari seorang isteri yang tulus, ikhlas mencintainya walau apapun badai yang datang. Namun, disalah erti atas kesetiaan dan kesungguhan si isteri. Mungkin isteri pernah melakukan kesilapan, namun cinta yang utuh selalu memaafkan. 

"CINTA INI HANYA MILIK KITA BERDUA" Masih ingat abang? Masih? Monyet! Abang monyet! Monyet yang selalu menceriakan hati sayang. Monyet yang selalu menyakat sayang. Monyet yang selalu mengusik sayang sampai sayang menangis. Sayang tahu ini pun gurauan kan? Usikan abang yang tak pernah jemu tu. Sayang dah cuba bukak hati untuk orang lain. Tapi, GAGAL. Hati sayang memang tercipta untuk abang. Sayang tulang rusuk abang yang sebelah lagi, yang abang cari-cari selama ni. Abangm bangunlah. Bangun. Sedar dari mimpi abang. Tolong. Sayang merayu.

  

OLDER POST / NEWER POST