The Sky

Home about Linkies Stuff
LIFE IS GETTING HARDER.
Monday, September 15, 2014 | 9:40 AM | 0 Bubles
Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Hahahaha, lama siot tak mengapdet benda alah ni. Al maklum lah cik tyka sekarang bergelar seorang mahasiswi okay. Title baru yg agak boleh dibanggakan sebab dah berjaya melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Waktu SPM dulu takut jelah sebab memikirkan masa depan, berjaya ke tak further study, lepas ke result aku nanti nak further study. Haaaaa cenggitu ler. Engkorang tak tertanya ke kenapa gamaknya tajuk cik tyka malam ni kemain feeling-feeling lebih je? 

Sebenarnya, memang terasa macam hidup semakin susah berbanding zaman sekolah. Yaaa, hidup sekarang nak kena berjimat since family cik tyka tak adalah kaya mana. Cukup makan je. Mana nak support adik-adik lagi. Abah pun makin kerja kuat untuk tanggung cik tyka sambung belajor ni. So far tak pernah rasa kebulur lagi. Every week balik, ada je abah hulur duit. Takut jugak sebab dah dibiasakan hidup yg agak selesa ni. Alhamdulillah. Abah ajar kena bersyukur dan tak henti-henti pesan bila bagi duit poket tu, "Kakak, jimat ye?". Aku cuba berjimat untuk semester 1 tapi keadaan tetap tak mengizinkan. Betul kata ibu, duit gaji kerja boleh tampung sikit-sikit untuk aku makan sesedap bila duit dah kurang. Tak termasuk duit ibu bagi lagi. Setiap hari aku doa supaya Allah panjangkan umur ibu dan abah supaya aku dapat balas jasa diorang dihari tua kelak. Nak diorang hidup senang dengan pelaburan ni. Kiranya mereka sedang menanam pokok sekarang, membaja pokok ni dengan nasihat, duit saku dan gadjet yg ada untuk hasil yg lumayan. In shaa Allah ibu abah, kakak akan berjaya dan ibu serta abah hidup senang. Andai kata, kakak lupa diri suatu hari nanti, sedarkan kakak dengan tunjuk blog ni. Doa tak pernah putus untuk aku sentiasa istiqomah, sentiasa sedar diri. Walaupun aku bukan anak yang baik.

Seterusnya, college life, kawan baru, housemates, class rep, lecturers, cinta. Semuanya. Rasanya nak di ceritakan satu persatu tak tidur aku malam ni. Hahaha, firstly hubungan yang dah lama terjalin putus macam tu je? So, apa kau expect aku rasa? Hahaha, nak menangis? Sorry. Aku tak macam dulu. So, aku macam bangga dengan diri sendiri sebab senang je aku let go benda tu. Focus on study. Keep on moving. Next, college life. Aku dapat kawan baru yang bermacam perangai. Yang paling rapat of course lah dearest housemates. Classmates pulak of course yang ngam dengan aku je. Yang tak pernah tegur in shaa Allah one day terbukak jugak mulut nak bertegur. Macam-macam puak kita boleh jumpa ye dalam college ni. Haha especially college yang ramai melayu and SWASTA. Of course there is so much of attitudes yang kita sendiri meluat nak tengok. Yang gila fashioned, over in fashion. Oh my God, kalau orang KL tu aku faham tapi ni dari kampung then macam culture shocked berkawan dengan orang KL ni yang dah sememang azalinya berpakaian sebegitu. Yang orang KL lain pun tak camtu pakaiannya. Excuse me, kau pergi college nak show off kau lawa/handsome ke atau nak belajar? Bukan nak kutuk tapi itulah reality yang dapat kita tengok.

Cerita pasal class rep and of course ada masalah dengan kelas, bas, cara pembelajaran etc. Bosan kekadang tapi layankan jelah. Sem 2 jangan harap aku nak sokong orang yang sama lah kan> Hahahaha, kejam tak aku. Standard lah, malas nak bermadah helah dengan diorang. So layankan jelah. Siapa suruh undi diorang en time mula-mula dulu. Sekarang kan dah menyesal. Diharapkan class rep tolonglah maju jaya sikit. Profesional sikit ;)

Last but not least, hi Muhammad Aiman bin Minhad. Kalau baca ni, harap tak marah eh. Aku harap kau dah boleh survive tanpa aku. And fyi, aku dah bahagia tanpa kau. Even life is getting harder, but I'm happier. Thanks sebab bagi pengajaran kat aku k? Sebab, salah sorang orang macam kau buat aku lebih kuat.

Semoga post aku kali ni, serba sedikit dapat korang nilaikan. Jangan menyesal dengan hdup. Move on terus. Jalan je jangan pandang belakang dah sebab itu jalan yang kita pilih. Senang cerita, kalau dah singgah kedai makan tu then nampak kedai tu macam ramai orang, lepas kau order makanan sampai, makanan tak sedap. Kau jgn merungut sebab, orang lain belum tentu dapat makan "sesedap" kau. Walaupun makanan tu tak berapa kena dengan tekak kau. Telan dan ucap 'Alhamdulillah'. Rezeki yang Allah bagi untuk kau pada hari tu. Sebab kau yang pilih. Sama jugak dengan pilihan dalam hidup, kalau kau salah pilih teruskan jalan. JANGAN patah balik sebab kau akan jatuh sebelum tamat berjuang. JANGAN mengalah, jalan straight dan fikirkan cara atau solution yang lebih baik untuk kesalahan tu.


"People said, be with person that have good in them and keep away the person that have bad in them. But, I said be with good and bad because difference will complete us. No one is perfect"

Terima kasih. Assalamualaikum.

OLDER POST / NEWER POST