The Sky

Home about Linkies Stuff
Bait-Bait Jejari.
Tuesday, June 23, 2015 | 10:04 AM | 0 Bubles
Assalamualaikum, ya Allah its been a long time. Dah lama sangat tak menaip ni. HE HE, bila baca balik post lama-lama nauzubillah jahilnya aku dulu. Hahahaha, sekarang pun masih terbabas lagi tapi alhamdulillah better than before. Tak tahu nak cerita apa untuk entry kali ni. Maybe cerita tentang some of people yang come and go dalam hidup since last post blog ni Sept 2014, means that separuh tahun jugak tu kan kan kan? Okay lah, tak nak cerita banyak just nak cerita pasal life baru. Yeah, pretty cool memandangkan duduk rumah sendiri, berdikari plus dapat hidup life yang baru. Jauh daripada manusia-manusia yang pernah durjanakan hidup aku dulu. Orang tua-tua kata, nak senang bukan senang, nak susah bukan susah. So, it depends on yourself sama ada boleh handle ke tak life kau tu. Sesuaikan diri dengan keadaan. 

Sebenarnya tak susah pun nak berubah jadi baik. What i meant here is, bukannya kau kena berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Kau kawan jelah dengan semua orng baik buruk baik jahat, sebab perbezaan tu kita boleh nampak dan nilai. Bukannya kau terjerumus dengan apa yang si kawan jahat lakukan dan jangan bangga dengan kebaikan si kawan baik buat. Okay, aku nak share kat korang satu sequences yang aku dah lalui. Happy lepastu heratbreak, trust dekat kawan ended up she betrayed you, seronok dengan life dan lastly kau menyesal sebab terlalu ikut hati. Semua aku dah rasa sebelum Ramadhan tahun ni. Tapi, aku ni memang dari kecik Abah trained kot supaya tak cepat goyah tapi ada satu kisah heartbreak aku yang aku tak pernah menangis dalam train macam dalam drama tu aku dah buat untuk tahun 2015 ni :'D Hahahah like seriously siapa tak kenal si gadis perang cik tyka yang jarang sangat menangis boleh teresak kaw kaw waktu dalam bilik depan housemates and menangis dalam train bila orang call asking about someone. Yeah, let me tell you that you'd never take a ego girl for granted because once you makes she cried for you, you will regret for the rest of your life! Hahaha sebab apa? Sebab aku ni pendendam plus aku takkan tengok kau bahagia. Asal kau nak bahagia aku akan kacau. Jahat kan? Dah nama idola aku pun, gdsjht, Diana Nuzuin. Hahahaha so apa salahnya aku ikut si penulis cantik Diana Nuzuin tu sebagai idola dalam membalas dendam kat orang. No need to santau, no need to bunuh upah org kasi baling acid. No need, no need! Hahaha, buat je perang physico kat dia. Kahkahkah!

Okay, first of all tentang cerita aku membabitkan Happy. Adalah aku terjumpa seorang guy ni. Nama dia, Muhammad Izzuhanif *bukan nama sebenar*. yes, i am i love with him. DEEPLY in love since dah beberapa tahun aku single. Senang je dia ayat, beberapa hari je. Aku pun tak tahy kah macam mana boleh jatuh cinta dengan someone yang aku baru kenal. I risked my heart yang dah lama aku tanamkan wall tinggi-tinggi supaya lelaki tak masuk. Tapi, only 3 days took him to get all my heart. Haha, after 2 days couple jumpa. Hahaha first movie Encik Perfect 10. After that, hari-hari dating. Apa je tempat makan yang aku nak pergi dia tak bawak. Terus aku ingat joe. Yes, ni mungkin pengganti Joe. Sebab aku memang cari lelaki cam dia. And, aku dah tanamkan prinsip baru dalam hidup aku, "Aku takkan sia-siakan mamat ni, apa dia nak semua aku akan ikut dan aku takkan curang dah". Tapi, sebab aku dengar KAWAN BAIK yang aku dah anggap macam adik aku sendiri punya cakap supaya uji si Izu ni terus gelap dunia aku. Hahahaha, aku dah bagi segalanya kat Izu supaya dia rasa nikmat bercinta since dia pernah kena game dengan ex dia. You know what, semua konvoi aku ikut. Tak terlepas satu pun. Aku dah macam PA dia memandangkan dia Admin SSPK untuk zon Semenyih. Aku in love dengan dia gila-gila. Semua benua dia bawak aku pergi. Assignment aku dia tolong buat. Aku nak holiday, bawaknya aku even dua-dua takde duit. Hehe, tidur dalam kereta. Teman aku bila aku sakit, demam. Sampai pagi. Jaga aku waktu period pain. Aku nampak yang dia takkan tinggalkan aku. Akhirnya dia tinggalkan jugak lepas 6 bulan aku dengan dia. Aku tak kisah. Mulanya aku ingat semua salah aku. Rupaya tu semua point je. Lepas seminggu break off dengan aku, dia balik pada Ex yang game dia tu. Aku dah agak dah! Mesti bersebab. Dia dah buat macam-macam untuk aku tapi kenapa still tak boleh second chance untuk aku.

Terus aku packing barang, nak balik Bukit Jalil haritu jugak. Dalam train, dia boleh call tanya aku kat mana apa semua. Kau taktahu aku tengah heartbreak nak mampus waktu tu boleh tanya aku kat mana. Woi aku tengah sedih bodoh kau balik kat EX kau tinggal aku macam tu je. Aduhai, aku still kawal perasaan dan airmata waktu dalam train. Lepastu epol call and tanya, aku okay apa semua. Aku nangis doh. Hahahaha CIK TYKA nangis, kau rasa? Hari tu memang shit lah bagi cik tyka kan. So aku jadi sawan babun jap. Macam perangai 2 tahun lepas. Hahahaha, tapi kali ni aku memang demam teruk sebelum putus tu so effect dia semulajadi sikit. Hahahah, aku dengan demam bantai main hujan lebat malam tu sambil buat sight kat moment untuk seek attention. Bukan semua orang tapi untuk dia sahaja. Bila aku buat sight kat moemnt semua orang tengok takdelah aku macam beriya nak tunjuk kat dia kan? Lepas mandi hujan tu, dia memang cari aku. Dia call, pujuk and aku okay lepastu, tapi ended up dia cuma nak aku okay je. Balik rumah, aku selfie dengan baju basah tu dan hantar kat dia gambar aku. Masuk bilik, kunci pintu dan nangis! peluk teddy bear Rizal bagi. Dan fikir kenapa takpilih Rizal je waktu tu. Kenapa tak pilih orang yg ikhlas dengan aku yang beriya dengan aku? Bukak aircond yang paling sejuk, pukul 3 pagi aku gigil-gigil. Sampai kejang satu bdan. Tak mampu nak buat pape. Pagi tu ibu kejut sebab dah tengahari aku tak bangun rupanya aku dah tak mampu nak bangun sebab gigil-gigil. Terus ibu tanya aku demam ke, aku just angguk je and nak gi klinik sebab tak tahan. Bawak pergi HUKM terus kena tahan. Haha 2 hari jugak kat situ. Tapi, izu datang jugak. Datang membawa harapn aku ingat dia patah balik rupanya dia cuma tak nak aku sakitkan diri tapi lepas aku dah berharap dan okay dia blah balik. Berterusan lah dia buat aku camtu sebulan lebih lepastu aku move on. 

Lepas move on, Bob datang. Bob Pelesit Kota. Hahah, tapi dia ex botfriend kawan baik aku tadi tu ha. Entah macam mana boleh sangkut dengan bob jadi bestfriend. Banyak dugaan sampai kena bash kaw kaw, tapi ramai lagi yang back up aku tanpa aku mintak diorang buat haha. Better aku kawan dengan orang yang ikhlas kan?

Itulah apa aku dapat sepanjang new year, sampailah dah nak habis bulan 6 pun, ujian demi ujian. Banyak lagi tapi tak larat nak type sebab hindustan memanggil. Hehe, maybe esok lusa or tulat bolehlah kot aku bercerita lagi. Kihkihkih. Tapi tulah, sahabat yang takkan mengecewakan aku tetap setia. Sahabat yang aku lupakan bila dapat kawan baru tetap ada dengan aku turun naik aku, sakit demam aku. Hidup kan? Mana pernah adil. Sebab takde yang sempurna. Aku dah redha, sebab mungkin bukan masa untuk bercinta lagi. Tutup hati betul-betul macam dulu. Mungkin nanti ada lelaki yang akan datang bukak balik hati. Jangan mudah bukak balik pintu hati macam dulu :) Night! 

OLDER POST / NEWER POST