The Sky

Home about Linkies Stuff
Mohamad Adam bin Samsudin.
Wednesday, June 24, 2015 | 2:44 AM | 0 Bubles
Assalamualaikum. Semua sihat? Rasa-rasa semua puasa tak? Hahaha, berbuka apa harini. Okay, dah. Solat asar belum? Kalau belum pi solat dulu. Lepas solat sambung baca balik. Kalau yang baca sekarang lah. Kalau yang baca tengah malam nak fefeeling kan, dah terawih dah? Isyak yg wajib tu dah? Kalau belum, silakan buat dulu. Yelah, kita sesama manusia kan kena saling mengingati. Hihi mesti semua pelik dengan tajuk kan? Kenapa nama orang? Siapa dia? Adam mana pulak ni? Kan? Mesti ada yang beranggapan, Alah cik tyka ni semalam kemain nak tutup hati bagai itu ini mak kau hijau sume kan? Hahaha, okay harini cik tyka nak cerita pasal manusia hamba Allah anak kepada Tuan Samsudin dan Puan Noorasiah. 

Tak lama pun kenal. Kat mana kenal? Yeah, thanks to Amanda Racing sebab kenalkan kitorang. Hahahaha, first TTS *teh tarik santai* Amanda Racing, memandang kan cik tyka boleh dikatakan orang kuat Amanda Racing waktu tu sebab best friend dengan adminnya, cik tyka memang turun tts waktu tu bersama Izzuhanif. Kitorang naik kereta waktu tu sebab Izu plan tak nak join diorang pergi dataran lepas tts malam tu. Nak pergi dating berdua tempat lain lah kiranya. Waktu ni Adam atau BOB ni bawak makwe dia. Haha tak sangka pulak Bob boleh usha cik tyka ni dari jauh. Tak sangka sangat. Sampaikan Bob kata, "Jeles tengok tyka dengan izu, sweet je. Awek aku mana nak buat macam tu". Hahaha kelakar kan? Nak dijadikan cerita, Amanda Racing buat first konvoi pergi Port Dickson, so cik tyka dengan izu pun pergi. Waktu tu kami dah krisis. Bob dengan makwe dia pun tengah krisis. Taknak lah cerita apa makwe dia buat kat dia kan. Sebab past is past. Balik dari Port Dickson cik tyka dan izu gaduh besar. Jumpa sehari sebelum putus. Cik tyka dgn Bob ni suka bergaduh gurau-gurau kat group. Nak dijadikan cerita lagi Amanda Racing bubar dan admin group ni kutip balik budak-budak yang teraniaya termasuk cik tyka dan bob. Kami still dalam group tu sampai sekarang. Ada 15 orang tak silap. Bersahabat baik in shaa Allah sampai bebila. 

Tak lama lepastu, dalam awal bulan Mei, bob ni putus dengan makwe dia. Hahaha samalah cik tyka time tu baru lepas move on kan? Tapi makwe bob ni pun budak group yg 15 orang tadi gak kiranya pangkat adik kepada cik tyka. Selalulah jugak mintak pendapat apa sume bila bergaduh dengan bob ni. Hahahaha, kelakar kan? Yang bob ni dah memang tak nak dengan makwe dia ni. Benda dah kena game kaw kaw siapa nak balik? Kan? Kalau kau, kau pun tak nak? Hmm.

Lepas kes tu kitorang selalu wechat, taktahulah kenapa. Kebetulan malam tu credit aku banyak sangat. Aku pun volunteer nak call dia. Kitorang otp apa semua. Borak-borak-borak, punya borak manalah tahu si bob ni tangkap cintan lepas sebulan kitorang macam tu. Betul cakap orang "Lelaki & Perempuan memang tak boleh jadi kawan, mesti salah sorang akan jatuh cinta dulu".Hahaha tapi aku ni fikirkan ex makwe dia ni kawan aku so walau ada perasaan sikit-sikit tu buanglah cepat cepat. Hahaha kitorang hari-hari contact sampaikan aku accident haritu memang aku cari dia dulu. Apa yang jadi, aku akan cari dia dulu. Mesti! Tak ada orang lain dah aku cari. Memang dia dulu. Lepastu aku perasan kenapa aku kena cari dia dulu? Ada sampai satu tahap, dia bergurau senda dengan perempuan lain kat moment, aku perhati je. Screenshot pastu hantar kat dia pastu cakap, "Untunglah ada makwe baru". Excuse me, dia bukan pakwe kau k. Nak jeles apahal. Eh bukan jeles saja je nak tunjuk. Hahaha, nampak permainan dia tu? 

Waktu tu lagi seminggu birthday aku, aku ni gila minions. Semua barang aku kalau boleh minions. Kalau LC aku tu boleh letak cover set minions aku dah letak beb. Haha pikir malu je. Cadar, selimut, sarung bantal semua minions. Bob ni kantoi lah tahu aku gila minions sebab aku selfie nampak segalanya kat belakang minions. HAHAHA, aku taktahu lah dia plan apa untuk birthday aku kan? Sampai hari-hari paksa aku Jumaat nanti pakai cantik-cantik. Waktu tu dah isnin, alu tengah final tapi malam tu dia propose aku akhirnya jadi makwe. Agak-agak aku tolak ke tak? Hahahaha, ITS YES? ITS NO? Tak, dua-dua tak. Tapi, aku cakap. Bagi aku masa lah bob untuk pikir. Bob ni sabar tunggu macam yang dia cakap, "Susah nak dapat awak, minions. Sebulan dah tunggu, setakat nak tunggu lagi apalah sangat". Waktu tu memang tersentuh sangat hati aku. Dia baik, tapi aku fikir alah belum dapat kan? MEMANGLAH. Tunggu dah dapat. 

Akhirnya 5 haribulan Jun pun dah sampai. Nervous gilossss ni. Apa diorang nak buat malam ni kan? Haha, cik tyka cuma mampu melayan je kesungguhan diorang ni nak buat surprise. Bob ambik cik tyka kat rumah pukul 9. Booking tempat tu pukul 10, sempat kejaplah dari Setapak nak ke Times Square tu sesat :"D Hahahaha, nasib baik pergi ramai-ramai. Kalau berdua memang banananana lah kan. Tepat 10.30 sampai kat tempat yang dijanjikan. Aku tengok macam tak ramai je. Dah kecewa dah. Haha tak best pun. Masuk dalam, jumpa manager tanya "Bang, kami order bilik atas nama Abang Bhai", manager tu dengar nama Ayah je terus dia tunjuk bilik. Lepastu aku pusing belakang nampak Epol and the geng baru samai. Bob terus tarik aku masuk bilik karok yang diorang tempah. First class tu. Haha taktahu lah bob habis berapa untuk birthday aku malam tu. Hm lepas aku masuk bilik tu terus serbu skrin nak pilih lagu. Then epol sampai bawak air, kacang, twisties segala benda makan lah. 3 orang je, then diorang dua keluar tinggal aku sorang dalam bilik tu. Aku dah pelik, Bob siap warning jangan keluar dari situ, Aku pun, ha yelah asal aku boleh nyanyi puas puas sebab cik tyka ni gila karok. hiks. Dah lama camtu, ramai pulak datang. Ada mamak, amirul, rizdanish, public atau koroy. Ramailah. Semua kawan-kawan yg sayang aku, layan aku perangai aku yg buruk sikit ni. Hahahaha, happy sebab dapat sambut dengan diorang. Lama jugak. Dah nak dekat pukul 12, nak habis dah birthday aku. Aku pun main lah tekan next next next kat skrin terkeluar lagu "HAPPY BIRTHDAY". Sumpah comel, bergema satu bilik besar tu kan. Hahaha epol dengan bob kata takde cake sebab bajet lari. Last last diorang bawak cake. Ya Allah, sweetnya. Memang menangis aku waktu tu tahan malu tahan sebak semua lah. Semua idea bob dengan epol. Balik tu makan mamak berdua dgn bob, tapi dia diam je. Haha maybe fikir apa jawapan aku. Waktu tu aku dah ada jawapan. Cukuplah sebulan seminggu 1 hari, dia bagi aku masa untuk fikir. Sekarang aku ada jawapan.

Balik tu aku ingat dah habis surprise rupanya ada lagi, lepas dia hantar aku balik dalam pukul 3 pagi camtu, dia bukak beg dia ada hadiah lagi :"(((( MINIONS!!!!! Hahaha, cute sngat. Ya Allah. Terima kasih pertemukan aku dengan orang-orang yang menyayangi aku, menjaga aku. Lepastu, dia balik. Aku tak tidur tapi tunggu dia sampai rumah baru aku tidur. Dalam pkul 4,30 dia sampai rumah and call aku. Tanya aku happy tak apa semua. Dia nak tanya jawapan tapi malu. Aku tahu, pastu tetibe dia nak whatsapp. Okay aku pun layankan jelah. Dia tanya aku siap nama penuh, Nur Atikah Azizan, Mohd Adam nak tanya apa jawapan anda, hmm dah lama saya tunggu. And my answer is YES!!!!!!! Hahaha, alhamdulillah.

Tapi, seminggu je bertahan. Kitorang ditimpa dugaan. Ciktyka kena serang dengan ex makwe bob. Kena panggil sundal, bohsia, pelacur tapi alhamdulillah ramai yang menyayangi cik tyka. Ramai pulak yang backup sampaikan minah tu sendiri mintak maaf and merelakan hubungan kitorang. Cik tyka dah give up sampai mintak putus kat bob. Lari dari bob, block dia. Nak hilangkan rasa sakit hati and terluka. 

Seminggu, cik tyka pikir. Kenapa cik tyka give up. Bob setia tunggu. Hari-hari post pasal kat cik tyka. Cerita pasal cik tyka kat mak abah dia. Hehe, akhirnya cik tyka kalah dengan rindu. Cik tyka balik kat bob mintak maaf apa semua. Dan alhamdulillah. Family dua-dua dah kenal. Kali ni cik tyka tak nak tunggu lama. Mak and Abah bob baik dengan cik tyka sampaikan cik tyka nak makan serawa durian pun sanggup buatkan. Cik tyka bersyukur sangat untuk kali ni. Tiap-tiap malam doa semoga dipercepatkan jodoh. Kami tak couple tapi kami akan kawen. In shaa Allah. Dalam perancangan dan usaha cari duit. Bob sekarang makin serious. Apa je cik tyka nak makan dia tolong hantar, hehe sweet lettew. 

Paling cik tyka respect bob, dia matang. Tak cepat melatah kalau bab gaduh sikit-sikit pasal last seen, blue tick ni bukan cara dia nak bergaduh. Percaya dia pada cik tyka memang terbaik. Tak mengongkong. Tapi tegas. Cukuplah dia kenalkan cik tyka terus pada family dia nampak betapa seriousnya sbab cik tyka wanita pertama yang dia kenalkan. 

"Encik Montel Paling Sweet", tak sangka novel ni memang macam cerita hidup kitorang. Setahun setengah je lagi kita akan jadi suami isteri. Sabar! Hehe mananti hari yang bahagia. Bob pernah cakap, "Susah nak faham hati perempuan bernama Nur Atikah ni". Tapi berkat sabar awak, setia awak. Sekarang dah nak kawen dah kan?
Alhamdulillah. Doa-doakan ye. Bye! Hehe

OLDER POST / NEWER POST